PERKHIDMATAN JABATAN / AGENSI KERAJAAN (SARAWAK)


Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sarawak atau nama panjangnya Rural Transformation Center terletak di daerah Sibuti, Miri Sarawak telah mula beroperasi pada Februari 2015. Dengan adanya RTC ini, ianya telah memberikan faedah yang besar kepada rakyat.


PERKHIDMATAN

 

Antara perkhidmatan yang disediakan di RTC Sarawak ialah :

  • Kiosk 1Malaysia
  • Pusat Kesihatan
  • Ruang Jualan Hasil Tani
  • Mesin ATM

 

KEMUDAHAN

 

Selain itu, bangunan RTC Sarawak juga terdapat kemudahan seperti :

  • Pusat latihan
  • Bilik mesyuarat
  • Tandas Awam
  • Surau

 

AGENSI KERAJAAN KERAJAAN DI RTC SARAWAK

 

  • JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SARAWAK
  • JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI SARAWAK
  • JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK
  • TEKUN NASIONAL
  • JABATAN TENAGA KERJA

 

Di samping itu juga, RTC Sarawak ini berfungsi sebagai Pusat Intergrasi Perkhidmatan yang melibatkan kerjasama pelbagai kementerian di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan meliputi 9 inisiatif seperti :

  • latihan kemahiran
  • kios informasi 1 Malaysia
  • pertanian bernilai tinggi
  • pemprosesan produl agro makanan
  • pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian
  • kerjasama universiti, perkhidmatan kesihatan 1 Malaysia
  • kemudahan pembiayaan kewangan dan agro pelancongan.

 

WAKTU OPERASI

 

Waktu operasi RTC Sarawak :

Sabtu - Rabu : 8.00-5.00 petang

Khamis : 8.00-3.30 petang

 

Waktu operasi Agensi RTC Sarawak :

Ahad - Rabu : 8.00 - 5.00 petang

Khamis : 8.00-3.30 petang