PERKHIDMATAN JABATAN / AGENSI KERAJAAN (PERAK)

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak yang terletak di Gopeng menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan, swasta dan aktiviti perniagaan untuk kemudahan orang ramai berurusan di sini. Di samping itu, fasiliti yang disediakan juga adalah bersesuaian bagi kemudahan seisi keluarga berkunjung ke RTC Perak. Komponen yang terdapat di RTC Perak adalah seperti berikut :


  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Jabatan Pertanian (DOA)
  • Jabatan Perikanan (DOF)
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • TEKUN Nasional
  • Agrobank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Kiosk 1 Malaysia
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tenaga Kerja
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jabatan Pertahanan Awam
  • Ikatan Sukarelawan (RELA)
  • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
  • Jabatan Penjara Malaysia (Galeri Jualan Produk Kraftangan)
  • Pejabat Daerah dan Tanah Kinta
  • Pejabat Daerah dan Tanah Kampar
  • Kolej Komuniti Gopeng
  • Ar-Rahnu YAPIEM

 

PASARAYA MYDIN MALL

  • Jualan borong & runcit pelbagai barangan keperluan harian
  • Kiosk-kiosk Usahawan

 

AGROBAZAAR (Jualan Produk Pertanian & Asas Tani)

  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Ayam
  • Daging
  • Hasil Laut ( ikan, udang, ketam, sotong)
  • Produk-produk Industri Asas Tani (cth : kerepek, madu, kopi, kicap, sos, putu perak, bahulu, kuih pau dan banyak lagi)

 

Sebahagian Perkhidmatan Kerajaan, Pasaraya Mydin Mall dan Agrobazaar terletak di dalam satu kompleks yang dikenali sebagai AGROMALL 

 

KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC)

  • Restoran
  • Drive Thru

 

JUALAN PRODUK FLORIKULTUR

 

FASILITI


  • Surau, Medan Selera, Taman Permainan Kanak-kanak, Tandas, Ruang parkir, Kedai Serbaneka 24 jam, Gelanggang Futsal, Dewan

 

Pada setiap hari Sabtu, terdapat aktiviti Pasar Lokken / Karat yang menjual pelbagai barangan antik, barangan terpakai dan banyak lagi bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

 

Bagi pengguna Lebuhraya PLUS arah Utara, RTC Perak boleh dikunjungi oleh anda semua kerana pihak PLUS telah membuka HENTIAN SEBELAH RTC PERAK bagi kemudahan orang ramai mengunjungi RTC Perak. Kemudahan kawasan parkir yang luas dan kemudahan fasiliti R&R disediakan untuk keselesaan orang ramai berkunjung ke RTC Perak .

 

Di samping itu, terdapat berbagai-bagai program lagi yang diadakan di RTC Perak dari masa ke semasa anjuran dari pelbagai Kementerian / Jabatan / Agensi kerajaan dan juga pihak swasta.

 

Silalah Berkunjung ke RTC Perak

 

“RTC, Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan”