PERKHIDMATAN JABATAN / AGENSI KERAJAAN (PAHANG)

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Pahang atau nama panjangnya Rural Transformation Center telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita iaitu YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dengan moto “SATU HENTIAN PELBAGAI PERKHIDMATAN”. RTC Pahang ini terletak di Mukim Kuala Pahang berdekatan dengan Jeti Ikan Kuala Pahang. Selain itu, RTC Pahang ini merupakan satu bonus kepada penduduk kampung Kuala Pahang kerana pelbagai perkhidmatan yang disediakan.

 

PERKHIDMATAN

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :

  • Kios Informasi 1 Malaysia,
  • Jabatan Pendaftaran Negara,
  • Jabatan Imigresen
  • Pejabat Penghulu Mukim Kuala Pahang
  • Klinik 1 Malaysia

 

KEMUDAHAN

Selain itu, bangunan RTC Pahang juga terdapat kemudahan seperti :

  • bilik latihan
  • bilik mesyuarat
  • De Kuala Cafe
  • KopieSatu Cafe
  • Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia

Di samping itu juga, RTC Pahang ini berfungsi sebagai Pusat Intergrasi Perkhidmatan yang melibatkan kerjasama pelbagai kementerian di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan meliputi 9 inisiatif seperti :

  • latihan kemahiran
  • kios informasi 1 Malaysia
  • pertanian bernilai tinggi
  • pemprosesan produl agro makanan
  • pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian
  • kerjasama universiti, perkhidmatan kesihatan 1 Malaysia
  • kemudahan pembiayaan kewangan dan agro pelancongan.

 

Di sekitar RTC Pahang terdapat banyak kemudahan yang disediakan iaitu sekolah, pusat kesihatan ibu mengandung, pejabat pos, pondok polis, masjid dan kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Selain itu, di sekitar RTC juga terdapat banyak kedai makan dan runcit kepada penduduk Kampung Kuala Pahang. Penduduk Kuala Pahang ini seramai 10 ribu orang dan terdapat 12 buah kampung yang merangkumi Kuala Pahang, Kampung Beruas, Kampung Jalan Tegak, Kampung Marhum, Kampung Tanjung Selangor, Kampung Bentan, Serandu dan lain-lain. Aktiviti utama penduduk kampung ialah menangkap ikan dan pemprosesan keropok. Terdapat 21 usahawan keropok yang terdapat di Kuala Pahang. Selain itu, ikan-ikan yang ditangkap masih segar-segar dan ikan paling popular di Kuala Pahang ialah ikan kerisi.

 

WAKTU OPERASI

Waktu beroperasi jabatan kerajaan : 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)

Waktu operasi kedai dan kafe : 8.00 pagi – 9.00 malam (Isnin – Ahad)

Jarak dari Kuantan ke RTC Pahang (60km) mengambil masa 45 minit manakala dari bandar Pekan selama 15 minit atau 20 minit.